Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peranan gereja teguhkan keharmonian dan kasih sayang
  • TEMPATAN

Peranan gereja teguhkan keharmonian dan kasih sayang

Utusan Sarawak 20 hours ago
TANDA KENANGAN….ADUN Meradong bergambar bersama hadirin yang hadir ke majlis makan malam Ulang Tahun Ke-3 UCSA. Foto Pusat Khidmat Wakil Rakyat Meradong

BINTANGOR: Kekuatan sesebuah komuniti lahir daripada kasih sayang dan semangat kebersamaan yang kukuh, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Katanya, semangat perpaduan yang dizahirkan oleh warga gereja merupakan asas penting dalam membina komuniti yang harmoni dan saling menghormati.

“Sebagai wakil rakyat, saya berasa amat berbesar hati dapat bersama-sama meraikan ulang tahun ke-3 Upper Central Sarawak Archdeaconry (UCSA). 

“Di sini, saya dapat menyaksikan sendiri keutuhan kasih sayang dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis makan malam Ulang Tahun Ke-3 UCSA anjuran Gereja St. James Bintangor, di sini baru-baru ini.

TANDA KENANGAN….ADUN Meradong bergambar bersama hadirin yang hadir ke majlis makan malam Ulang Tahun Ke-3 UCSA. Foto Pusat Khidmat Wakil Rakyat Meradong

Koung Hiing turut menzahirkan penghargaan kepada pihak gereja atas komitmen mereka dalam menganjurkan pelbagai aktiviti sosial, kebajikan dan kerohanian yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Usaha sebegini bukan sahaja memperkukuh keimanan, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan komuniti di Meradong dan kawasan sekitarnya. 

“Saya akan terus menyokong segala usaha pihak gereja dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat, sama ada melalui program komuniti mahupun pembangunan prasarana.

“Saya percaya dengan semangat kebersamaan dan sokongan padu antara rakyat, kita mampu membina Meradong sebagai daerah yang harmoni dan progresif,” ujarnya.

Oleh Earl Anek 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perpaduan teras kejayaan masyarakat 
Next: Belia tonggak pembangunan berterusan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.