Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peranan ATM,PDRM, PGA dihargai
  • TEMPATAN

Peranan ATM,PDRM, PGA dihargai

Utusan Sarawak 5 years ago
PERHARGAAN…Dato’ Dzulkafli Mustaffa menyampaikan cenderamata kepada Datuk Amar Douglas Uggah Embas selepas kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, semalam. Turut kelihatan Dato’ Azhar Ahmad.

KUCHING: Peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah sangat dihargai dalam usaha Sarawak memerangi wabak COVID-19, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak tidak akan dapat menghadapi pertempuran yang sukar itu jika tiada komitmen, pengorbanan dan profesionalisme daripada agensi penguatkuasa tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Komander Infantri Pertama yang baharu, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli Mustaffa dan Panglima Briged Ketiga Brig Jeneral Dato’ Azhar Ahmad di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.

“Anda semua telah memainkan peranan masing-masing dengan sangat baik dalam menjaga sempadan Sarawak dan sebagai salah satu strategi yang paling penting dalam perjuangan memerangi Covid-19, kita perlu menutup sempadan bagi menghalang kemasukan pendatang tanpa izin.

“Tentera, polis dan PGA melakukan yang terbaik sebagai barisan hadapan dalam menjaga sempadan negeri,” jelasnya.

Uggah juga berharap agar kerjasama seperti ini dapat diteruskan kerana pertarungan memerangi pandemik itu masih belum selesai.

“ Walaupun jumlah kes positif yang dilaporkan di negeri ini tidak banyak, namun rakyat tidak boleh merasa puasa dan leka kerana virus tersebut masih ada di sini dan rakyat harus sentiasa berjaga-jaga.,” jelasnya.

Sementara itu, Dzulkafli dan Azahar berjanji akan memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada JPBNS dan menegaskan bahawa Sarawak boleh bergantung harap dengan pihaknya dan mereka sedia membantu bila-bila masa sahaja.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: SEB tingkat bekalan elektrik di wilayah utara
Next: Ubah Balingian jadi daerah menjelang 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.