Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peralihan Tenaga Sarawak mampu jana RM550 bilion menjelang 2050
  • TEMPATAN

Peralihan Tenaga Sarawak mampu jana RM550 bilion menjelang 2050

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Dr Hazland berucap merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Kelestarian dan Hijau BPHB di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Dasar Peralihan Tenaga Sarawak (SET-P) dijangka menjana lebih RM550 bilion kepada ekonomi negeri menjelang 2050, sekali gus mewujudkan 80,000 peluang pekerjaan baharu dan menarik pelaburan antara RM580 bilion hingga RM700 bilion.  

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, lebih 75 peratus manfaat ekonomi daripada pelaksanaan dasar itu dijangka dinikmati golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini.  

Menurutnya, SET-P yang dilancarkan tahun lalu menjadi payung kepada pelbagai strategi tenaga Sarawak dengan tumpuan kepada tenaga boleh diperbaharui, gas asli, kecekapan tenaga, mobiliti rendah karbon, hidrogen bersih, penangkapan dan penyimpanan karbon (CCUS) serta tenaga alternatif.  

“Kerajaan Sarawak turut menyasarkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui mencecah 10 gigawatt menjelang 2030 dan 15 gigawatt menjelang 2035 sebagai sebahagian usaha menjadikan Sarawak sebagai Battery of ASEAN,” katanya.

DATUK Dr Hazland menerima cenderamata daripada Dato Ruslan sempena Majlis Pelancaran Inisiatif Kelestarian dan Hijau BPHB di Bintulu Port, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Inisiatif Kelestarian dan Hijau Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) di Foyer Wisma Kontena, Bintulu Port di sini, hari ini.  

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Dato Ruslan Abdul Ghani berkata, syarikat itu komited menyokong agenda peralihan tenaga negeri melalui pelaburan dalam teknologi hijau dan operasi rendah karbon.  

Beliau memberitahu, pelancaran sistem Solar Fotovoltaik (PV), Hybrid Rubber-Tyred Gantry (HRTG), Electric Powered Terminal Tractor (EPTT), Reach Stacker Electric (RSE) dan motosikal elektrik menandakan langkah penting dalam transformasi operasi Pelabuhan Bintulu ke arah yang lebih mampan.  

Menurutnya, BPHB akan terus memperluas inisiatif hijau termasuk menambah 12 unit EPTT baharu, meneroka penggunaan kapal tunda elektrik atau hibrid serta meningkatkan penggunaan tenaga hijau dalam operasinya.  

Beliau menegaskan usaha tersebut bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi pelabuhan, malah menyokong aspirasi Sarawak untuk menjadi peneraju tenaga bersih dan ekonomi rendah karbon di rantau ini. 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sibu jadi pentas sambutan Hari Sarawak 2026
Next: Kos pembinaan meningkat, bekalan bahan binaan di Sarawak kekal stabil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.