Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peralihan sistem parkir pintar MBKS berjalan lancar, luas ke Sibu dan Miri
  • Selatan
  • WILAYAH

Peralihan sistem parkir pintar MBKS berjalan lancar, luas ke Sibu dan Miri

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Pelantikan Jawatankuasa Perhubungan Pasar dan Penjaja 2026 di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan memperluas pelaksanaan sistem parkir pintar baharu ke beberapa kawasan lain termasuk Samarahan, Sibu dan Miri, selaras dengan usaha kerajaan Negeri memperkenalkan perkhidmatan yang lebih moden, efisien dan mesra pengguna.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng memberi jaminan bahawa peralihan kepada sistem baharu di bandar raya ini akan berjalan lancar susulan penamatan perkhidmatan oleh Kuching City Parking Systems (KCPS) Sdn Bhd bermula 1 November ini.

“Kerajaan Negeri telah bersetuju melaksanakan tempoh percubaan selama dua bulan sebelum pelancaran rasmi sistem parkir pintar tersebut pada 1 Januari 2026.

“Tempoh percubaan ini penting bagi memastikan semua urusan dalaman antara majlis dan kontraktor dapat diselaraskan sepenuhnya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelantikan Jawatankuasa Perhubungan Pasar dan Penjaja 2026 di MBKS, hari ini.

Menurutnya, aplikasi BorneoParkKCH yang diuruskan KCPS akan ditamatkan penghujung bulan ini dan pengguna boleh menuntut bayaran balik bagi baki kredit di pejabat syarikat tersebut antara 20 Oktober hingga 15 November.

“Mengenai kupon parkir, perkara itu sedang dimuktamadkan dan akan diumumkan tidak lama lagi. Orang ramai tidak perlu bimbang kerana kita akan pastikan proses peralihan berjalan dengan baik,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa pengguna tidak akan dikenakan sebarang penalti sekiranya berlaku kekeliruan sepanjang tempoh peralihan tersebut.

Dato Wee berkata, pihaknya menerima pelbagai pertanyaan daripada orang ramai melalui media sosial, khususnya membabitkan kebimbangan warga emas yang tidak memiliki telefon pintar atau kurang mahir menggunakan aplikasi mudah alih.

“MBKS mengambil maklum terhadap semua kebimbangan tersebut dan akan memastikan pendaftaran diatur bagi membolehkan golongan warga emas turut menikmati kemudahan sistem baharu ini,” katanya.

Beliau berkata MBKS masih memerlukan tenaga kerja dalam bidang akaun, penguatkuasaan dan sebagainya, selain menegaskan bahawa pekerja berpengalaman daripada sistem lama akan diberi keutamaan bagi memastikan kelancaran operasi sistem parkir.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Ular Tiung Cincin Emas berjaya ditangkap berhadapan SK Sri Aman
Next: MBKS tegas pantau pematuhan larangan merokok di 28 kawasan diwartakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.