Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perairan Sarawak selamat, tiada ancaman lanun
  • Tengah
  • WILAYAH

Perairan Sarawak selamat, tiada ancaman lanun

Utusan Sarawak 1 day ago
UNTUK KENANGAN… Henry merakam kenangan bersama yang lain pada Forum Anti Lanun 2025 di salah sebuah hotel terkemuka hari ini.

SIBU: Perairan Sarawak disahkan selamat untuk aktiviti perkapalan dan bebas daripada sebarang ancaman lanun.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep, kejadian yang berlaku adalah rompakan di laut terbuka, di luar kawasan yang tidak mempunyai penguatkuasa.

“Sebagai contoh, laluan dari Kuching ke Singapura selepas melepasi perairan Malaysia, kapal akan memasuki perairan antarabangsa sebelum tiba di Singapura.

“Di kawasan tengah ini, tiada agensi penguat kuasa seperti tentera laut dari mana-mana negara. Maka, di sinilah berlakunya insiden rompakan, bukan aktiviti lanun.

“Biasanya, kapal tunda yang bergerak perlahan akan menjadi sasaran, dan penjenayah merompak barangan termasuk besi buruk. Kejadian ini lebih kepada rompakan, bukan serangan lanun bersenjata terhadap kapal besar,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Terdahulu, Henry mewakili Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin merasmikan Forum Anti Lanun 2025 anjuran Persatuan Pemilik Kapal Sarawak Sabah (SSSA) dengan kerjasama Perjanjian Kerjasama Serantau Mengenai Membanteras Lanun dan Rompakan Bersenjata terhadap Kapal di Asia (ReCAAP) di salah sebuah hotel terkemuka, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, perkara ini di bawah agensi Kerajaan Persekutuan dan bukan di bawah kuasa negeri kerana berlaku di luar perairan Sarawak. 

“Namun, dalam catatan lama terdapat lebih 100 kes rompakan, saya tidak pasti sama ada ia masih direkodkan. Itu berlaku di perairan antarabangsa yang mana tiada agensi seperti tentera laut, tiada pengawasan. Tetapi setakat yang berkaitan dengan Sarawak adalah selamat,” ujarnya.

Katanya, kes ini (rompakan) amat berbeza dan tidak seperti kes lanun serta tidak sampai ke tahap menahan orang atau menggunakan senjata.

“Ia tidak seteruk kes lanun bersenjata, ia berbeza dan tidak sampai ke tahap menahan orang atau menggunakan senjata. Kita tidak ada kes seperti itu,” jelasnya.

Turut hadir Pengerusi SSSA, Yong Ing Huong serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ Miri perkukuh integriti melalui Ikrar Bebas Rasuah
Next: Pesta Tatau 2025 tampil lebih 40 acara selama 17 hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.