Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Peraih durian didakwa pecah masuk kasino Genting Highlands curi cip RM4.6 juta
  • JENAYAH

Peraih durian didakwa pecah masuk kasino Genting Highlands curi cip RM4.6 juta

Utusan Sarawak 11 months ago
TERTUDUH, Lee Kian Keong mengaku tidak bersalah ceroboh kasino Genting Highlands, curi cip RM4.6 juta.

RAUB: Seorang peraih durian didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memecah masuk sebuah bilik kasino di Genting Highlands dan mencuri 1,160 cip  bernilai lebih RM4.6 juta milik Genting Highlands Berhad, Oktober tahun lepas. 

Tertuduh Lee Kian Keong, 45,  mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad. 

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki tersebut didakwa bersama-sama tiga lagi yang telah dituduh sebelum ini melakukan pecah masuk dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat untuk simpanan harta benda dengan mencuri 1,160 cip bernilai RM4,607,800 milik Genting Highlands Berhad di dalam bilik Twlight 3, Sky Kasino Genting Highlands, 7.12 pagi, 28 Oktober tahun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun serta denda dan jika kesalahan mencuri, maka tempoh penjara itu boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian, boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh. 

Peguam Dinesh Muthal yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan pendapatan tertuduh yang tidak menentu kerana bergantung kepada pekerjaan sebagai peraih buah bermusim (durian) serta menyara ibunya yang berusia 70 tahun.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Julai untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bentong pada November tahun lepas atas pertuduhan sama. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pegawai kanan PBT direman tiga hari
Next: Lelaki ditahan bersama 237.64 gram dadah bernilai lebih RM20,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.