Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Peperiksaan Penilaian Standard, langkah tepat nilai tahap pendidikan anak Sarawak
  • SEMASA

Peperiksaan Penilaian Standard, langkah tepat nilai tahap pendidikan anak Sarawak

Utusan Sarawak 5 months ago

PELAJAR CEMERLANG...Dr Abdul Rahman menyampaikan sijil dan hadiah kecemerlangan kepada salah seorang pelajar SMK Agama Limbang.

LIMBANG: Keputusan Sarawak meneruskan peperiksaan Penilaian Standard untuk Program Dwibahasa (DLP) bagi murid Tahun Enam dan pelajar Tingkatan Tiga, langkah tepat untuk menilai tahap pendidikan anak Sarawak.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, sektor pendidikan antara bidang utama yang turut diberi penekanan di Sarawak bagi menjamin masa depan pelajar.

Menurutnya, Sarawak mempunyai pandangan dan mekanisme tersendiri untuk memperkasakan sistem pendidikan.

“Keputusan sudah dibuat dan pada tahun depan, Sarawak akan melaksanakan penilaian Tahun Enam dan Tingkatan Tiga (2028) mengikut silibus yang ditentukan oleh Sarawak berdasarkan silibus luar negara.

“Kita amat menyokong sebab penilaian ini penting untuk kita menilai kecekapan dari segi akademik dan lain-lain supaya dapat menentukan bagaimana nak memperbaiki tahap pendidikan.

“Ini adalah keputusan sangat tepat dan kita sangat menyokong dan kita berharap Kerajaan Persekutuan juga memberi sokongan yang baik,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Graduasi Tingkatan 5 dan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Limbang di Dewan Suarah Limbang semalam. 

Turut hadir Pengetua SMK Agama Limbang Rusli Che Mood.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: JKR, MIPD diarah kaji punca prestasi projek kurang memuaskan – Uggah
Next: Hasil Sarawak boleh cecah RM20 bilion pada 2025 – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.