Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penyukatan Lot Pertanian NCR Kampung Kakeng diperkasa
  • Selatan
  • WILAYAH

Penyukatan Lot Pertanian NCR Kampung Kakeng diperkasa

Utusan Sarawak 2 days ago
PENDUDUK Kampung Kakeng menghadiri Dialog Lapangan Pengukuran Lot Pertanian di Balai Raya Kampung Kakeng, Serian, bagi mendapatkan penerangan berkaitan proses penyukatan tanah NCR di bawah Inisiatif Baharu kerajaan Sarawak. Foto Ukas.

SERIAN: Usaha kerajaan Sarawak dalam memelihara serta mengiktiraf hak Tanah Adat Bumiputera (NCR) terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Dialog Lapangan Pengukuran Lot Pertanian di bawah Inisiatif Baharu NCR yang berlangsung di Kampung Kakeng, di sini, hari ini.

Program yang diadakan di Balai Raya Kampung Kakeng itu bertujuan mempercepatkan proses penyukatan tanah pertanian penduduk sekali gus membuka laluan kepada pengeluaran hak milik tanah yang sah, teratur dan berdaftar.

Menerusi sesi dialog tersebut, penduduk dimaklumkan bahawa lot-lot pertanian di Kampung Kakeng telah diluluskan untuk diukur di bawah Program NCR Inisiatif Baharu yang terletak dalam kawasan Warta Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri Sarawak (KTN), selaras dengan peruntukan perundangan sedia ada.

Proses penyukatan berkenaan melibatkan pengukuran lot secara individu sebelum pengeluaran Surat Hakmilik Tanah di bawah Seksyen 18 KTN oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Simon Sinang Bada berucap pada Dialog Lapangan Pengukuran Lot Pertanian di bawah Inisiatif Baharu NCR yang berlangsung di Kampung Kakeng, di Serian, hari ini. Foto Ukas

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Simon Sinang Bada berkata, pelaksanaan inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan hak pemilikan tanah penduduk luar bandar diiktiraf secara sah.

Menurut beliau, program seumpama itu bukan sahaja membantu mempercepat proses penyukatan, malah memberi jaminan keselamatan pemilikan tanah kepada penduduk kampung untuk jangka panjang.

“Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan Sarawak dalam membantu penduduk memperoleh geran tanah yang dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Tanah dan Survei,” katanya ketika berucap pada program tersebut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada DBNA atas peranan aktif serta kerjasama berterusan dalam memudah cara pelaksanaan program penyukatan tanah NCR bersama Jabatan Tanah dan Survei.

Selain sesi penerangan, dialog lapangan itu turut menjadi platform interaksi dua hala antara agensi pelaksana dan penduduk kampung bagi memperjelas prosedur pengukuran, keperluan dokumentasi serta menangani isu berkaitan tanah pertanian, sekali gus mempercepat proses pemilikan geran tanah secara rasmi.

Continue Reading

Previous: Projek Rakyat Taman Awam Miri Fasa 4 Zon B- Taman Tebing Batu dan Hutan siap, penambahbaikan diperlukan
Next: Projek naik taraf jalan Kampung Hulu Baru Lingga siap sepenuhnya 2026 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.