Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Penyudah Arsenal perlu lebih tajam jika mahu tamatkan penantian 22 tahun – Arteta
  • SUKAN

Penyudah Arsenal perlu lebih tajam jika mahu tamatkan penantian 22 tahun – Arteta

Utusan Sarawak 4 days ago

Reaksi pengendali Arsenal, Mikel Arteta ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Anfield, Liverpool. - Foto AFP

LIVERPOOL: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menegaskan pasukannya perlu lebih tajam di depan gawang jika mahu menamatkan penantian 22 tahun untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Arsenal tewas 1-0 kepada Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield awal pagi tadi selepas gol sepakan percuma menakjubkan Dominik Szoboszlai pada minit ke-83 menjadi pemisah dalam perlawanan sengit yang menyaksikan kedua-dua pasukan sukar mencipta peluang. 

Kemenangan itu memastikan Liverpool menjadi satu-satunya pasukan dengan rekod sempurna sembilan mata daripada tiga perlawanan pertama musim ini.

Arsenal kini berada di tangga ketiga, ketinggalan tiga mata, selepas kekalahan pertama kepada salah satu daripada kelompok besar – Liverpool, Chelsea, Manchester City, Manchester United atau Tottenham – sejak April 2023.

Namun, kebanyakan perlawanan dalam kelompok itu berakhir dengan keputusan seri, sekali gus membuatkan Arsenal menamatkan musim di tempat kedua dalam tiga musim berturut-turut.

“Detik luar biasa menentukan perlawanan. Itulah kelebihan mereka – bila bukan Szoboszlai, ia (Mohamed) Salah atau pemain lain. Dengan dominasi kami dan cara kami bermain, jelas sekali kami perlu lebih tajam dalam menyudahkan peluang untuk menang,” kata Arteta.

The Gunners beraksi dengan kekangan kecederaan apabila Bukayo Saka dan Kai Havertz diketepikan, manakala William Saliba terpaksa dikeluarkan seawal minit kelima. 

Kapten Martin Odegaard pula hanya cergas untuk masuk sebagai pemain gantian di babak kedua.

Selepas permulaan meyakinkan, Arsenal semakin tumpul di bahagian serangan ketika babak kedua dengan penyerang baharu, Viktor Gyokeres, mudah dikawal pertahanan kental Virgil van Dijk.

“Anda tidak boleh mendominasi di sini selama 90 minit, itu mustahil. Akhir perlawanan saya katakan, kami perlu cari jalan untuk menang dalam perlawanan besar sebegini. 

“Kami jauh lebih baik berbanding musim lalu, jauh lebih baik. Tetapi kami mesti masukkan bola ke gawang jika mahu menang,” tambah Arteta. – AFP

Continue Reading

Previous: Liverpool pecah rekod beli Isak RM740 juta – laporan
Next: Fun Run Julau bakal gegar padang MDMJ, 12 Oktober ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.