Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Penyokong semakin lantang bantah rehat hidrasi di Piala Dunia
  • SUKAN

Penyokong semakin lantang bantah rehat hidrasi di Piala Dunia

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENYOKONG bola sepak yang menghadiri perlawanan Piala Dunia. Foto AFP.

DALLAS: Penyokong bola sepak yang menghadiri perlawanan Piala Dunia semakin lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pelaksanaan rehat hidrasi yang mencetuskan kontroversi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Memasuki minggu kedua kejohanan, sorakan bu dan siulan kedengaran berulang kali apabila pengadil menghentikan permainan selama tiga minit sekitar minit ke-22 setiap separuh masa.

Pada Khamis, sorakan bu yang jelas kedengaran ketika tuan rumah bersama Kanada membelasah Qatar 6-0 di Vancouver. Terdahulu pada hari yang sama, ketidakpuasan hati turut ketara semasa perlawanan Republik Czech menentang Afrika Selatan yang berkesudahan 1-1 di Atlanta.

Penyokong juga menunjukkan bantahan mereka semasa perlawanan Switzerland menentang Bosnia dan Herzegovina, England menentang Croatia serta Ghana menentang Panama.

Kelainan yang diperkenalkan pada Piala Dunia kali ini secara berkesan menjadikan setiap perlawanan dimainkan dalam format empat suku masa berbanding dua separuh masa, sesuatu yang sudah biasa bagi rakyat Amerika Syarikat menerusi sukan seperti bola keranjang dan bola sepak Amerika.

Model itu diperkenalkan atas kebimbangan terhadap beban fizikal yang ditanggung pemain.

Bagaimanapun, ramai pemerhati berpendapat rehat berkenaan telah disalahgunakan. Bagi rangkaian televisyen, rehat hidrasi mewujudkan peluang tambahan untuk menyiarkan iklan dan peluang itu digunakan sepenuhnya.

Pengkritik menuduh pihak terbabit hanya cuba meraih keuntungan.

Aliran permainan juga sering terganggu dengan ketara akibat rehat tambahan itu. Namun, sesetengah jurulatih melihatnya sebagai perkara positif kerana ia memberi mereka lebih banyak peluang untuk mempengaruhi corak permainan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Gabriel gesa Brazil ‘lupakan’ kekalahan awal, fokus bangkit menentang Haiti
Next: Neymar terlepas aksi kedua Brazil di Piala Dunia menentang Haiti esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.