Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Penyokong rancang boikot aksi final Piala Perancis
  • SUKAN

Penyokong rancang boikot aksi final Piala Perancis

Utusan Sarawak 5 years ago
AKSI final antara Saint Etienne dan Paris Saint-Germain (PSG) akan berlangsung di Stade de France di Paris

PENYOKONG Saint Etienne merancang untuk memboikot final Piala Perancis bertemu Paris Saint-Germain (PSG) sebagai tanda protes jumlah terhad penonton dibenarkan masuk stadium dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.

Aksi final akan berlangsung di Stade de France di Paris yang mampu memuatkan seramai 80,000 penyokong pada satu-satu masa yang dijadualkan 24 Julai depan.

Bagaimanapun di bawah peraturan kerajaan, hanya 5,000 penonton dibenarkan menyaksikan perlawanan di stadium.

“Berdasarkan persetujuan bersama kelab, tempat duduk yang disediakan untuk kami akan kekal dikosongkan,” kata satu kenyataan yang mewakili lima kumpulan penyokong.

“Sebanyak 900 tempat duduk untuk penyokong dan kami memutuskan tidak ada sesiapa pun daripada lima kumpulan penyokong ini akan memberi sokongan kepada kelab di Paris.

“Ia akan menjadi tanggungjawab setiap barisan pemain untuk menggalas tugas mewakili rakyat dan bandar Saint Etienne,” kata kenyataan itu.

Continue Reading

Previous: Mourinho berang diikat Bournemouth
Next: 10 peserta sertai memanah atas talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.