Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Penyokong disiasat isu perkauman
  • SUKAN

Penyokong disiasat isu perkauman

Utusan Sarawak 4 years ago
RASIS… Penyokong Crystal Palace yang memegang sepanduk yang dipercayai mempunyai
unsur perkauman. • Foto AFP

Sepanduk memprotes pengambilalihan Newcastle oleh konsortium Arab Saudi yang dilakukan penyokong Crystal Palace sedang disiasat oleh Polis Metropolitan kerana disyaki mempunyai unsur perkauman.

Sepanduk grafik itu dipamerkan sebelum perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 di Selhurst Park.

Ia mempersoalkan pemilikan dan pengarah kelab di Liga Perdana serta menyenaraikan beberapa isu hak asasi manusia di Arab Saudi.

Liga Perdana membenarkan pengambilalihan berjumlah £305 juta (RM1.74 bilion) awal bulan ini meskipun dana kekayaan Arab Saudi menjadi pembiaya utama pengambilalihan itu.

Menerusi hantaran di Twitter Perkhidmatan Polis Metropolitan Croydon, ia menyatakan: “Pada Sabtu 23 Oktober polis menerima laporan sepanduk yang dipamerkan oleh penyokong Crystal Palace.

“Pihak polis sedang menyiasat maklumat itu dan segala kesalahan yang mengandungi isu perkauman akan dipandang serius.”

Kumpulan penyokong kelab Palace, Holmesdale Fanatics menerusi satu kenyataan berkata: “Pengambilalihan Saudi ke atas Newcastle menerima kecaman dan kemarahan yang meluas.”

Sebelum bermulanya perlawanan, Newcastle sekali lagi mengingatkan penyokong supaya tidak meraikan pengambilalihan itu dengan memakai pakaian Arab.-AFP

Continue Reading

Previous: Miri FA cari pemain berbakat
Next: Masalah gaji…Sarawak United FC terpalit lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.