Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penyertaan Maraton Sarawak Energy 2026 memberangsangkan, dijangka atasi rekod terdahulu
  • TEMPATAN

Penyertaan Maraton Sarawak Energy 2026 memberangsangkan, dijangka atasi rekod terdahulu

Utusan Sarawak 10 hours ago
MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Seri Haji Julaihi Narawi (empat dari kiri), ketika sidang media mengenai Maraton Sarawak Energy 2026 yang diadakan di pejabat beliau. 

KUCHING: Maraton Sarawak Energy 2026 mencatat sambutan menggalakkan dengan lebih 5,700 peserta telah mendaftar setakat ini, sekali gus berada di landasan tepat untuk mengatasi jumlah penyertaan edisi sebelum ini menjelang hari perlumbaan pada 9 Ogos depan.

Menurut kenyataannya yang dikeluarkan hari ini, acara larian yang bakal berlangsung di Kuching Isthmus itu merupakan penjenamaan semula daripada Larian Sarawak Energy Isthmus yang dianjurkan sejak 2013, dengan edisi 2025 berjaya menarik hampir 6,000 peserta.

“Penganjuran tahun ini terus mendapat sambutan antarabangsa apabila peserta dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Brunei, Indonesia, Kenya, Belanda, Singapura, Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat telah mengesahkan penyertaan.

“Diadakan sempena sambutan tahunan Hari Bandar Raya Kuching pada Ogos, maraton ini merupakan acara larian utama Sarawak Energy yang turut memeriahkan kalendar aktiviti komuniti bandar sambil menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Mengulas lanjut, sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu 42 kilometer (km) Maraton Penuh, 21km Separuh Maraton, 10km Larian Kompetitif dan 5km Larian Santai bagi memenuhi pelbagai tahap keupayaan peserta.

“Setakat ini, hampir 500 peserta telah mendaftar bagi kategori Maraton Penuh.

“Laluan perlumbaan bakal membawa peserta melalui beberapa mercu tanda ikonik bandar raya ini seperti Jambatan Darul Hana, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, Muzium Budaya Borneo, Tugu Kucing serta Tebingan Kuching

“Sebanyak RM201,500 hadiah keseluruhan ditawarkan bagi semua kategori, meningkat berbanding RM185,000 pada tahun lalu. Juara kategori Maraton Penuh Terbuka lelaki dan wanita masing-masing bakal membawa pulang RM15,000,” jelasnya.

Dalam pada itu, peserta turut berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan hadiah bernilai sehingga RM25,000, dengan maklumat lanjut akan diumumkan melalui platform media sosial rasmi Sarawak Energy.

“Dalam usaha menyumbang kembali kepada masyarakat, 100 peratus hasil yuran pendaftaran bagi Maraton Sarawak Energy 2026 akan disalurkan kepada organisasi kebajikan terpilih di seluruh Sarawak.

“Pada 2025, acara ini berjaya mengumpul RM360,000 yang memberi manfaat kepada 12 organisasi kebajikan di negeri ini.

“Pendaftaran masih dibuka sehingga 30 Jun 2026 melalui laman sesawang rasmi acara,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: 111, 826 pekerja pembinaan bergantung kepada kelangsungan projek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.