Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Penyerang Liverpool, Nunez sertai Al-Hilal
  • SUKAN

Penyerang Liverpool, Nunez sertai Al-Hilal

Utusan Sarawak 1 day ago
DARWIN Nunez. Foto fail AFP

LIVERPOOL, England: Penyerang Darwin Nunez meninggalkan Liverpool untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al-Hilal seperti disahkan kedua-dua kelab semalam, sekali gus membuka ruang buat juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengemukakan bidaan baharu bagi mendapatkan penyerang Newcastle United, Alexander Isak.

Nunez menyertai The Reds tiga tahun lalu dari Benfica dengan yuran awal 75 juta euro (RM370 juta), namun gagal memenuhi jangkaan berdasarkan nilai perpindahan itu.

Pemain kebangsaan Uruguay berusia 26 tahun itu meledak 40 gol dalam 143 penampilan, tetapi semakin tersisih dalam perancangan di Anfield di bawah kendalian Jurgen Klopp mahupun pengganti beliau, Arne Slot.

Menurut laporan media Britain, Al-Hilal membayar yuran awal 53 juta euro (RM261 juta) bagi mendapatkan Nunez.

“Al-Hilal Club Company dengan sukacitanya mengumumkan perpindahan penyerang Uruguay, Darwin Nunez dari Liverpool FC dengan kontrak tiga tahun,” menurut kelab itu dalam satu kenyataan.

Peluang Nunez untuk beraksi musim ini dijangka semakin terhad selepas Liverpool membawa masuk Hugo Ekitike dan Florian Wirtz dalam perbelanjaan besar mencecah 300 juta euro (RM1.47 bilion) yang turut menyaksikan ketibaan pemain pertahanan Milos Kerkez dan Jeremie Frimpong.

Bagaimanapun, Liverpool masih berpotensi memecah rekod perpindahan British bagi mendapatkan Isak.

Difahamkan, bidaan awal bernilai £110 juta (RM626 juta) ditolak, dengan Newcastle dilaporkan meminta hingga £150 juta (RM855 juta) buat penyerang Sweden itu.

Penjualan Nunez menjadikan kutipan Liverpool daripada jualan pemain pada jendela perpindahan kali ini hampir mencecah 200 juta euro (RM985 juta) susulan pemergian Luis Diaz, Jarell Quansah, Caoimhin Kelleher, Trent Alexander-Arnold dan Tyler Morton.

Nunez muncul nama besar terbaharu menyertai Al-Hilal, yang mengejutkan Manchester City untuk mara ke suku akhir Piala Dunia Kelab baru-baru ini.

Dibimbing bekas pengendali Inter Milan, Simone Inzaghi, skuad Al-Hilal turut dibarisi bintang antarabangsa Portugal, Ruben Neves dan Joao Cancelo, kapten Senegal, Kalidou Koulibaly serta bekas penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Jurulatih berpengalaman Raja Isa terajui Pasukan Limbang FA
Next: Sokong pembangunan sukan Muaythai di Sarawak, Senator Dato Ahmad Ibrahim hadiri Kejohanan ‘MTK X NAO ProFight’ 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.