Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penyerahan limau serlah perpaduan kukuh di Lubok Antu sempena Tahun Baharu Cina  
  • TEMPATAN

Penyerahan limau serlah perpaduan kukuh di Lubok Antu sempena Tahun Baharu Cina  

Utusan Sarawak 9 hours ago
 PENGANJURAN Program Penyerahan Buah Limau sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di sekitar Pekan Lubok Antu, semalam. Foto ADUN Batang Ai

LUBOK ANTU: Penganjuran Program Penyerahan Buah Limau sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sarawak, selaras dengan aspirasi Sarawak Maju Makmur.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh berkata, penganjuran program seumpama ini bukan sekadar simbolik sempena perayaan, sebaliknya membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memastikan setiap kaum dan komuniti terus disantuni tanpa mengira latar belakang.

Beliau berkata, sambutan Tahun Baharu Cina merupakan perayaan penting masyarakat Cina yang diraikan mengikut kalendar qamari dan menjadi medan terbaik untuk memperkukuh persefahaman antara kaum di negeri ini.

“Tahun 2026 yang melambangkan Tahun Kuda membawa simbol semangat, kekuatan dan kemajuan. 

“Semangat inilah yang harus kita terjemahkan dalam usaha membangunkan masyarakat yang bersatu padu dan progresif,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

PENGANJURAN Program Penyerahan Buah Limau sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di sekitar Pekan Lubok Antu, semalam. Foto ADUN Batang Ai

Program tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Lubok Antu, Akoi Ejau; Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA), Ting Tiew Lik serta Pengerusi Persatuan Lembaga Amanah Kebajikan Tokong Cina Lubok Antu, Wong Hie Ing.

Dr Malcolm yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai menjelaskan, penyerahan limau bukan sekadar simbol perayaan, tetapi melambangkan kemakmuran, kesejahteraan dan persahabatan erat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di daerah ini.

Katanya lagi, di Lubok Antu, kepelbagaian kaum dan budaya bukanlah satu penghalang, malah menjadi kekuatan utama dalam membentuk masyarakat yang saling menghormati serta bekerjasama demi pembangunan bersama.

Beliau menegaskan bahawa semangat perpaduan yang telah lama terjalin di Sarawak perlu terus dipelihara agar keharmonian yang dinikmati hari ini dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

“Kerajaan negeri sentiasa komited memastikan tiada komuniti yang terpinggir daripada arus pembangunan, selaras dengan visi Sarawak Maju Makmur yang menekankan kesejahteraan dan kemakmuran untuk semua,” ujarnya.

Program berkenaan turut diserikan dengan sesi ramah mesra bersama komuniti setempat, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan kepimpinan dalam meraikan kepelbagaian budaya sebagai asas kekuatan Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pengamal media main peranan promosi keindahan taman negara di Sarawak
Next: Sejambak Kasih JKM santuni 234 penerima di Simanggang sempena Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.