Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penyerahan Bakul Kasih Zon Punang dan Bandar Lawas oleh PBB Bukit Sari
  • Utara
  • WILAYAH


Penyerahan Bakul Kasih Zon Punang dan Bandar Lawas oleh PBB Bukit Sari

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEMUDA PBB… Setiausaha Pemuda PBB Bukit Sari Hafizuddin menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Kampung Punang Lawas.

LAWAS: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari bersama Sayap Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Bukit Sari telah mengadakan penyerahan Bakul Kasih Zon Punang dan Zon Bandar Lawas pada Ahad lepas.

Menurut Ketua Wanita PBB Cawangan Bukit Sari Auji Najian binti Garip, program ini adalah sumbangan ikhlas daripada Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Pengerusi PBB Cawangan Bukit Sari Lawas untuk keluarga yang memerlukan.

“Ini merupakan program berterusan Wanita PBB Bukit Sari bersama Sayap Pemuda PBB Bukit Sari dan kali ini melibatkan tiga kampung iaitu Kampung Punang, Kampung Melusuk dan Kampung Banting, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

WANITA PBB…Wanita PBB Bukit Sari menyantuni warga emas dan mereka yang memerlukan di Kampung Punang sambil menghulurkan sumbangan bakul makanan dan sumbangan pemimpin PBB Bukit Sari Lawas,

Penyerahan Bakul Kasih kepada penerima di Zon Punang melibatkan 16 penerima dan Zon Bandar (2 penerima) iaitu masing-masing satu di Kampung Melusuk dan Kampung Banting.

“Ini adalah satu inisiatif kebajikan yang bertujuan menghulurkan bantuan kepada penerima yang memerlukan disamping terus mengukuhkan hubungan komuniti di kawasan Dewan Undangan Bukit Sari.

“Kita juga mahu memberi sokongan moral dan menyuntik semangat buat penerima untuk menjalani kehidupan mereka dengan baik kerana pihak kerajaan daripada parti memerintah iaitu kerajaan GPS sentiasa bersama rakyat dikala susah mahupun senang,” katanya.

Ini juga program berterusan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sejak dahulu dalam menyantuni rakyat di DUN Bukit Sari dalam memastikan kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian,” tambahnya.

Justeru sayap Wanita dan Pemuda telah diarah untuk sentiasa peka dengan keperluan rakyat dan memastikan hubungan rakyat dengan parti PBB sentiasa akrab sepanjang masa.

Auji Najian turut menegaskan bahawa Wanita dan Pemuda PBB Cawangan Bukit Sari turut bertanggungjawab dalam memberi input kepada jawatankuasa induk PBB Cawangan Bukit Sari berhubung masalah rakyat untuk ditangani dengan berhemah dan penuh amanah.

“Memang kita ada laporan beserta gambar aktiviti dan isu rakyat yang kita angkat kepada kepimpinan parti di Cawangan untuk diberi perhatian sewajarnya,” ujarnya.

Oleh Adeng Idrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pendidikan digital perlu diperkukuh agar pelajar tidak ketinggalan
Next: Wanita PBB Bukit Sari anjur ceramah agama, serah sumbangan kerusi di Zon Punang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.