Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penyelidik Universiti Putra Malaysia Sarawak hasilkan sabun mesra alam daripada kulit buah
  • TEMPATAN

Penyelidik Universiti Putra Malaysia Sarawak hasilkan sabun mesra alam daripada kulit buah

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENYELIDIK Universiti Putra Malaysia Sarawak, Prof. Madya Dr. Leong Sui Sien, mempamerkan inovasi EnviroBio FruitFresh, sabun mesra alam daripada kulit buah yang menyokong konsep sifar sisa. Foto: Kementerian Pendidikan Tinggi

BINTULU: Penyelidik dari Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) berjaya menghasilkan inovasi sabun mesra alam berasaskan kulit buah yang dikenali sebagai EnviroBio FruitFresh, sekali gus membuka potensi baharu dalam penggunaan sisa organik sebagai produk bernilai tinggi.

Inovasi tersebut diterajui oleh Prof. Madya Dr. Leong Sui Sien dari Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, yang membuktikan bahawa bahan buangan seperti kulit buah mampu diolah menjadi sabun pencuci yang berkesan serta selamat untuk kegunaan harian.

Menurut kenyataan UPMS, produk ini bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti SLS, SLES dan peluntur klorin, selain mempunyai tahap pH seimbang antara 6 hingga 7 yang sesuai untuk kulit.

“Inovasi EnviroBio FruitFresh mencerminkan komitmen UPMS dalam memanfaatkan sisa organik sebagai sumber bernilai tinggi, selari dengan agenda kelestarian dan ekonomi kitaran hijau,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, pembangunan produk berkenaan turut menyokong konsep sifar sisa dengan mengurangkan pembuangan sisa makanan, di samping menggalakkan amalan penggunaan bahan mesra alam dalam kehidupan seharian.

Kejayaan ini membuktikan bahawa penyelidikan berasaskan sains mampu mentransformasikan bahan buangan kepada produk berimpak tinggi, sekali gus menyumbang kepada usaha pemeliharaan alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.

Pada masa sama, pencapaian ini turut memperkukuh peranan UPMS sebagai institusi yang komited dalam memacu inovasi hijau demi manfaat generasi masa depan.

Oleh Faizah Muzidi

Continue Reading

Previous: Sibu sasar rekod MBOR, 244 bot sertai Sibu International Powerboat Race 2026
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.