Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penyelidik Senegal sahkan tasik Retba kembali berwarna merah jambu hasil pertumbuhan alga garam
  • GLOBAL

Penyelidik Senegal sahkan tasik Retba kembali berwarna merah jambu hasil pertumbuhan alga garam

Utusan Sarawak 2 weeks ago

PERLOMBONGAN garam adalah perniagaan besar di Tasik Retba.

DAKAR: Tasik Retba di Senegal, yang kehilangan warna merah jambu ikoniknya akibat banjir pada  2022, kini kembali kepada rona asalnya hasil pertumbuhan semula alga yang tahan garam, menurut penyelidik dari Universiti Cheikh Anta Diop Dakar, lapor Xinhua.

Tasik ini, yang juga dikenali sebagai “Lac Rose”, antara tarikan pelancongan utama Senegal. Terletak di utara ibu kota Dakar, tasik ini bertukar warna merah jambu pada musim tertentu di bawah keadaan sinaran cahaya matahari tertentu, disebabkan oleh aktiviti mikroorganisma halofilik di dalam airnya.

Namun, sejak akhir 2022, hujan lebat luar biasa menyebabkan banjir yang mengganggu ekosistem tasik, menyebabkan airnya kehilangan warna dan menjejaskan kehidupan penduduk tempatan yang bergantung pada pelancongan serta aktiviti komersial berkaitan.

Dalam satu hantaran di media sosial pada Ahad, universiti itu menyatakan yang kajian mereka “menyimpulkan kembalinya warna merah jambu tasik ini adalah hasil pembiakan besar-besaran alga garam di bawah keadaan musim kering yang biasa iaitu kadar kemasinan dan suhu yang tinggi.”

El Hadji Sow, seorang penyelidik yang sekian lama mengkaji ekosistem tasik, menjelaskan bahawa perubahan warna tasik berkait rapat dengan tahap kemasinan air iaitu apabila kemasinan menurun, alga hijau menguasai dan air menjadi hijau; apabila kemasinan meningkat, alga garam membiak dan pigmen merahnya menjadikan tasik berwarna merah jambu atau merah.

Dengan kembalinya warna merah jambu ini, aktiviti pelancongan dan ekonomi setempat semakin pulih.

Bagaimanapun, penyelidik memberi amaran yang ekosistem tasik masih tidak stabil dan sebilangan penduduk melahirkan kebimbangan yang pembangunan bandar yang pesat dan pencemaran air di kawasan sekitar boleh menjejaskan kualiti air serta komuniti mikroorganisma yang unik itu.

Pihak berkuasa alam sekitar Senegal menyeru agar kesan manusia dikurangkan bagi mengekalkan kitaran semula jadi tasik itu.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Angka korban Taufan Bualoi di Vietnam meningkat kepada 11
Next: Teksi pandu sendiri langgar undang-undang jalan raya, buku saman bukan untuk robot

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.