Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penyelenggaraan sistem saliran Tekam siap, manfaat komuniti luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Penyelenggaraan sistem saliran Tekam siap, manfaat komuniti luar bandar

Utusan Sarawak 3 hours ago
SAKSI…. Wong Soon Mee (kanan) menyaksikan penyerahan dokumen pengesahan siap projek. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Projek penyelenggaraan sistem perparitan di Sungai Tekam berjaya disiapkan hasil peranan dan komitmen Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Tiong Sii berkata, ia adalah bagi memastikan infrastruktur asas luar bandar terus diberi keutamaan.

“Kerja pembersihan serta penyelenggaraan sistem saliran tersebut dilaksanakan melalui peruntukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarikei bagi menangani isu takungan air, sistem perparitan tidak berfungsi serta aliran air yang tersumbat di kawasan luar bandar sekitar Bintangor.

“Melalui program ini, keutamaan diberikan kepada penyelenggaraan perparitan bagi mengurangkan risiko banjir serta memastikan aliran air yang lebih lancar, khususnya ketika musim hujan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, usaha penyelenggaraan ini juga sejajar dengan komitmen kerajaan untuk memastikan kesejahteraan penduduk luar bandar terus dijaga dan masalah asas seperti perparitan tidak diabaikan.

“Kerja pembersihan dan penyelenggaraan sistem saliran ini telah disiapkan sepenuhnya dan kini beroperasi lebih berkesan bagi memastikan kelancaran aliran air serta mengurangkan risiko banjir kilat.

“Selain memastikan keberkesanan sistem saliran, pemantauan tapak turut dijalankan bagi mengenal pasti keperluan penyelenggaraan susulan, sekiranya terdapat keperluan di masa akan datang,” katanya.

Pada pagi semalam, pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sarikei diketuai oleh Wong Soon Mee bersama pegawai JPS Sarikei telah melakukan lawatan tapak ke kawasan Sungai Tekam bagi meninjau hasil kerja pembersihan parit yang telah siap dilaksanakan dan menyaksikan penyerahan dokumen pengesahan siap projek.

Turut hadir Penolong Jurutera JPS Sarikei, Mary Rittie dan Tuai Rumah Kinchu Ajan.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sarawak berpotensi jadi pintu utama kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2026
Next: Pendekatan turun padang kunci kejayaan projek luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.