Penyelamat China selamatkan empat nyawa dalam masa tujuh jam di Myanmar

Facebook
WhatsApp
PETUGAS penyelamat mengangkat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan pembangunan Kondominium Sky Villa yang musnah di Mandalay, semalam. FotoAFP

MANDALAY (Myanmar): Pasukan penyelamat China berjaya mengeluarkan seorang lagi mangsa yang terselamat dari runtuhan di kawasan perumahan Sky Villa, Mandalay, Myanmar, sekitar 7.20 pagi waktu tempatan hari ini, lapor Xinhua.

Dalam tempoh tujuh jam, pasukan penyelamat China berjaya menyelamatkan empat mangsa akibat gempa bumi di Myanmar.

Terdahulu, pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat China serta pasukan penyelamat awam RAMUNION RESCUE berjaya menarik keluar seorang kanak-kanak perempuan dan seorang wanita hamil di bawah runtuhan Sky Villa masing-masing pada 5.37 pagi dan 6.20 pagi waktu tempatan.

Selain itu, pada 12.40 tengah malam Isnin, pasukan penyelamat China berjaya mengeluarkan seorang wanita dari runtuhan di Hotel Great Wall di Mandalay.

Dalam satu kejadian di Nay Pyi Taw, pasukan penyelamat dari wilayah Yunnan, China berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga emas yang terperangkap di bawah runtuhan sebuah hospital selama hampir 40 jam, semalam.

Pada hari sama, anggota pasukan Blue Sky Rescue dari wilayah Hunan, China berjaya mengeluarkan seorang mangsa yang terperangkap di Dewan Buddha Mandalay. – Bernama – Xinhua

Gerhana matahari penuh memukau di Eropah

BURGOS, Sepanyol: Jutaan penduduk Eropah dijangka menatap langit dengan penuh kagum apabila fenomena gerhana matahari penuh yang jarang berlaku merentasi

15 maut bot karam di Zimbabwe

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 15 maut selepas sebuah bot yang membawa lebih 160 penumpang karam di Tasik Kariba, Zimbabwe pada Selasa, menurut