Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penyelam teknikal masuki feri karam di Selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
  • GLOBAL

Penyelam teknikal masuki feri karam di Selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45

Utusan Sarawak 3 weeks ago
Tangkapan skrin daripada video edaran yang dikeluarkan oleh Pengawal Pantai Filipina (PCG), dirakam dan diterima pada 29 Januari 2026, menunjukkan anggota pengawal pantai membawa mayat seorang mangsa dari MV Trisha Kerstin 3 yang tenggelam, di pelabuhan Isabela, Basilan. Foto AFP

MANILA: Pengawal Pantai Filipina (PCG) mengerahkan penyelam teknikal bangkai kapal untuk melakukan pencarian di dalam feri yang karam di perairan luar Wilayah Basilan, selatan Filipina, ketika angka kematian disahkan meningkat kepada 45 orang, menurut pegawai semalam, lapor Xinhua.

Feri M/V Trisha Kerstin 3 karam pada 26 Januari ketika dalam pelayaran dari Zamboanga City ke Jolo di Wilayah Sulu. Pada Selasa, PCG mengesahkan lokasi feri itu semasa operasi selaman di perairan luar Pulau Baluk-Baluk.

PCG memaklumkan bahawa penyelam teknikalnya berjaya memasuki feri yang karam sebagai sebahagian daripada penilaian bawah air dan operasi pemulihan yang sedang dijalankan bagi mengesan mayat yang mungkin terperangkap di dalam kapal.

Dua mayat yang ditemukan pada Rabu dikeluarkan oleh penyelam dari bahagian rel feri, menurut PCG.

Menurut PCG, pihaknya masih menentukan jumlah sebenar individu yang masih hilang, ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan.

Setakat ini, 316 orang yang menaiki feri dilaporkan selamat, menurut PCG. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut di Sepanyol dan Portugal
Next: Lapan penerbangan dibatalkan akibat rebut tropika Basyang di Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.