Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penyasaran subsidi diesel: 10 syarikat umum naikkan harga dipanggil beri penjelasan – Armizan
  • NASIONAL

Penyasaran subsidi diesel: 10 syarikat umum naikkan harga dipanggil beri penjelasan – Armizan

Utusan Sarawak 11 months ago
MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat yang membuat pengumuman menaikkan harga barang dan perkhidmatan pasca penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lepas telah dipanggil untuk memberi penjelasan kewajaran tindakan itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, siasatan awal mendapati permohonan fleet card oleh empat daripada syarikat berkenaan telah diluluskan, namun syarikat berkenaan tetap mengeluarkan notis bagi kenaikan barang dan perkhidmatan.

“Baki enam syarikat lagi mempunyai kenderaan yang tidak termasuk dalam senarai Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, setiap syarikat akan diminta memberikan perincian maklumat termasuk dokumen-dokumen berkaitan penawaran perkhidmatan atau penjualan barangan bagi tujuan penyediaan analisis pencatutan.

“Kegagalan untuk hadir boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 57 Akta 723 berkenaan,” katanya.

Armizan berkata, 10 syarikat terbabit telah diberikan notis bertulis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, dan dua syarikat telahpun dipanggil semalam manakala selebihnya akan menyusul.

Beliau berkata, syarikat-syarikat itu terdiri daripada sektor pengangkutan dan sektor bahan binaan masing-masing tiga syarikat, serta sektor makanan dan minuman dan sektor sewaan jentera masing-masing dua syarikat.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan OPS KESAN 2.0 pada 8 Jun lepas, Armizan berkata, KPDN memberikan amaran kepada semua pihak agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan dengan elemen pencatutan susulan penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan.

Beliau berkata, pihak yang didapati mengambil kesempatan dengan melakukan manipulasi harga akan dikenakan tindakan yang tegas di bawah Akta 723 dan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 bagi perbadanan atau syarikat, manakala bagi individu boleh didenda hingga RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – Bernama

Continue Reading

Previous: Zulkifli sempat hantar isyarat kepada keluarga ketika terkandas di Puncak Denali di Alaska
Next: Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih setengah juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.