Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Penyanyi legenda Billy Joel, akan jual motosikal kerana masalah kesihatan
  • HIBURAN

Penyanyi legenda Billy Joel, akan jual motosikal kerana masalah kesihatan

Utusan Sarawak 14 hours ago
BILLY Jeol bersama motosikal berkuasa tinggi.

NEW YORK: Penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat, Billy Joel, akan melelong koleksi motosikalnya yang disimpannya selepas didiagnosis menghidap penyakit otak, sekali gus memaksanya membatalkan jelajah yang dirancang, kata pihak pengurusannya semalam.

Pada Mei, Joel membatalkan tarikh persembahan di Britain serta jadual jelajah padat di seluruh Amerika Syarikat dari Julai 2025 hingga Julai 2026 akibat diagnosis penyakit jarang dikenali, Normal Pressure Hydrocephalus (NPH).

“Disebabkan diagnosis perubatan baru-baru ini, Billy akan melelong koleksi motosikalnya pada penghujung tahun ini,” kata jurucakapnya kepada AFP.

Koleksi motosikal Joel disimpan di sebuah kedai di bandar Oyster Bay, Long Island, dan boleh dilihat secara percuma pada hujung minggu.

PENYANYI legenda berusia 76 tahun yang terkenal dengan lagu We Didn’t Start the Fire dan New York State of Mind.

“Beliau tidak akan memperbaharui sewaan premis kedai motosikal 20th Century Cycles selepas tempohnya tamat pada akhir September,” tambah jurucakap itu.

Penyanyi legenda berusia 76 tahun yang terkenal dengan lagu We Didn’t Start the Fire dan New York State of Mind ini telah menjadi ikon pop sejak 1970-an, dengan motosikal menjadi sebahagian daripada imej awamnya sejak sekian lama.

Dalam video muzik lagu popular tersebut, beliau membawa seorang Uptown Girl menunggang motosikalnya, serta menyanyikan lagu mengenai menunggang motosikal dalam hujan menerusi lagu You May Be Right.

Koleksinya mengandungi lebih daripada 75 motosikal, menurut laman web kedai tersebut.

“Saya suka gaya lama,” kata Joel dalam sebuah video promosi, dengan beberapa motosikal dalam koleksinya berasal dari era 1940-an.

Kondisi Joel berlaku apabila cecair serebrospinal tidak dapat mengalir dengan lancar di seluruh otak dan saraf tunjang, menurut Johns Hopkins Medicine. Kelebihan cecair dan tekanan ini boleh menyebabkan kerosakan pada otak.

Institusi tersebut menyatakan di laman web rasminya bahawa Normal Pressure Hydrocephalus (NPH) adalah penyakit yang jarang berlaku, dan boleh menyebabkan gangguan kognitif termasuk masalah ingatan serta kesukaran berjalan.

Joel sebelum ini berkata, “Keadaan ini semakin buruk oleh persembahan konsert terdahulu, menyebabkan masalah pendengaran, penglihatan, dan keseimbangan.”

  • AFP
Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Taylor Swift umum album baharu bakal dilancarkan Oktober ini
Next: Aina Abdul, Ernie Zakri dan Dayang Nurfaizah dominasi pencalonan AIM 24

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.