Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Penyanyi Bonnie Tyler sedar daripada koma
  • HIBURAN

Penyanyi Bonnie Tyler sedar daripada koma

Utusan Sarawak 5 hours ago
BONNIE Tyler.

LONDON: Penyanyi terkenal Britain, Bonnie Tyler, yang dikenali menerusi lagu popular Total Eclipse of the Heart dan Holding Out for a Hero, dilaporkan telah sedar daripada koma selepas menjalani pembedahan kecemasan bulan lalu, menurut keluarganya.

Penyanyi kelahiran Wales berusia 75 tahun itu, yang mencipta nama menerusi rangkaian lagu hit pada era 1980-an, diletakkan dalam keadaan koma di sebuah hospital di Faro, Portugal, pada Mei lalu bagi membantu proses pemulihannya.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik oleh pasukan pengurusannya bersama keluarga di laman sesawang rasmi beliau lewat Isnin, Tyler dilaporkan “tidak lagi berada dalam koma, namun masih dalam keadaan kurang sihat dan sedang menerima rawatan rapi” di Portugal.

“Doktor beliau kekal yakin bahawa beliau akan pulih dengan baik, namun proses pemulihan itu memerlukan masa,” menurut kenyataan berkenaan.

Susulan keadaan kesihatannya, semua konsert yang dijadualkan sehingga penghujung Ogos terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan.

Tyler dijadualkan mengadakan persembahan di Jerman dan Austria tahun ini, selain menyertai sebuah festival muzik di Britain.

Keluarganya turut merakamkan penghargaan kepada para peminat atas sokongan dan doa yang tidak putus-putus, sambil memaklumkan bahawa Tyler menyedari curahan kasih sayang yang diberikan kepadanya.

Tyler mula mencipta nama pada era 1970-an menerusi lagu seperti Lost in France dan It’s a Heartache.

Lagu Total Eclipse of the Heart kemudiannya menduduki tangga teratas carta muzik di Britain dan Amerika Syarikat.

Sementara itu, Holding Out for a Hero yang diterbitkan pada 1984 menjadi sebahagian daripada runut bunyi filem terkenal Amerika Syarikat, Footloose. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Seni, budaya pemangkin pembangunan komuniti dan perpaduan masyarakat – Lo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.