Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Penyanyi Bonnie Tyler ditidurkan selepas jalani pembedahan kecemasan
  • HIBURAN

Penyanyi Bonnie Tyler ditidurkan selepas jalani pembedahan kecemasan

Utusan Sarawak 14 hours ago
BONNIE Tyler membuat persembahan semasa peringkat akhir Eurovision Song Contest 2013 pada 18 Mei 2013. Foto AFP.

BARCELONA: Penyanyi Britain Bonnie Tyler kini ditidurkan ketika menjalani pemulihan selepas pembedahan kecemasan akibat usus bocor di Portugal, lapor agensi berita Jerman dpa.

Satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya mengesahkan bahawa tindakan menidurkan penyanyi itu adalah untuk “membantu proses pemulihannya,” menurut kenyataan semalam.

Tyler, 74, menjalani pembedahan di sebuah hospital di Faro, Portugal. Pembedahan itu berjalan lancar dan beliau sedang pulih, namun keadaannya kemudian merosot akibat jangkitan, lapor akhbar Portugal Publico dan Correio da Manha.

Kenyataan di laman web Tyler turut mengucapkan terima kasih kepada peminat atas “curahan kasih sayang dan doa yang luar biasa.” Ia juga memohon “privasi dalam tempoh sukar ini,” sambil menyatakan, “Kami akan mengeluarkan kenyataan lanjut apabila keadaan mengizinkan.”

Tyler merancang satu siri konsert di Eropah pada akhir tahun ini. “Semua perancangan setakat ini kekal tidak berubah sehingga kami menerima maklumat sahih secara langsung,” menurut agensi perhubungan awam yang bertanggungjawab terhadap konsert yang dirancang di Jerman kepada dpa sebagai maklum balas kepada pertanyaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Maryam Duriankimchi imbangi budaya Malaysia, Korea dalam didik anak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.