Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Penyanyi AS Oliver Tree terkorban dalam nahas helikopter di Brazil
  • HIBURAN

Penyanyi AS Oliver Tree terkorban dalam nahas helikopter di Brazil

Utusan Sarawak 7 hours ago
PEMANDANGAN udara menunjukkan anggota bomba menjalankan operasi di lokasi nahas helikopter di kawasan Recreio dos Bandeirantes, Rio de Janeiro, Brazil, pada 14 Jun 2026. Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat, Oliver Tree, yang berada di Brazil sempena jelajah dunianya, merupakan antara mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Rio de Janeiro pada Ahad, menurut sumber polis kepada AFP.

Penyanyi muzik alternatif dan personaliti internet itu disenaraikan sebagai salah seorang daripada enam individu yang berada dalam dua helikopter berkenaan berdasarkan manifes penerbangan yang dikongsi oleh sumber tersebut.

Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dapat disahkan secara rasmi berikutan keadaan mayat yang rentung teruk akibat nahas itu.

ANGGOTA polis berjalan melepasi kenderaan yang terbakar di lokasi nahas helikopter di kawasan Recreio dos Bandeirantes, Rio de Janeiro, Brazil, pada 14 Jun 2026. Foto AFP

Turut berada dalam penerbangan tersebut ialah seorang penerbit muzik dari Brazil, seorang pengarah video dari Argentina serta YouTuber Argentina, Gaspar Prim, yang lebih dikenali sebagai “Gaspi”.

Dua helikopter itu dilaporkan bertembung di udara pada pagi Ahad di kawasan pinggir barat Rio de Janeiro, iaitu di Recreio dos Bandeirantes, sebelum terhempas di kawasan parkir sebuah pusat jualan kenderaan elektrik.

Nahas itu turut menyebabkan kira-kira 20 kenderaan terbakar, menurut pihak bomba.

GAMBAR fail Penyanyi Amerika Syarikat, Oliver Tree, membuat persembahan pada Festival Muzik Austin City Limits di Taman Zilker, Austin, Texas pada 16 Oktober 2022. Penyanyi dan penulis lagu AS itu, yang berada di Brazil sempena jelajah dunianya, merupakan penumpang salah sebuah helikopter yang terhempas di Rio de Janeiro pada 14 Jun 2026, mengorbankan semua individu di dalamnya, menurut sumber polis kepada AFP. Foto AFP

Salah sebuah helikopter membawa lima penumpang, manakala sebuah lagi hanya membawa juruterbang. Tiada mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut.

Oliver Tree, 32, yang terkenal dengan gaya rambut mangkuk ikonik serta persona internet yang sering menjadi bahan jenaka dalam talian, dikenali menerusi lagu-lagu popular seperti Life Goes On, Miss You dan Alien Boy.

Beliau mempunyai lebih 11 juta pendengar bulanan di platform penstriman muzik Spotify, manakala lagu-lagunya yang paling popular telah dimainkan lebih 700 juta kali. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Filem “Chelot” terima pengiktirafan Malaysia Book of Records

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.