Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penutupan sementara separuh jalan sekitar Tabuan
  • TEMPATAN

Penutupan sementara separuh jalan sekitar Tabuan

Utusan Sarawak 2 years ago

Laluan di sekitar kawasan pembinaan jalan raya Bulatan Setia Raja, Tabuan yang ditutup separuh buat sementara bermula 27 November hingga 4 Disember ini, 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

KUCHING: Laluan di sekitar kawasan pembinaan jalan raya Bulatan Setia Raja, Tabuan ditutup separuh buat sementara bermula 27 November hingga 4 Disember ini.

Menurut kenyataan media Pihak Pejabat Wilayah Selatan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, penutupan sementara separuh jalan melibatkan jalan raya Bulatan Setia Raja, Tabuan – Jalan Setia Raja dari Pasar Basah Stutong menuju ke Kompleks Perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tabuan Jaya dan Jalan Canna dari Bulatan Setia Raja menuju ke Emart Tabuan.

Penutupan sementara separuh jalan tersebut 9.00 pagi hingga 4.00 petang bertujuan kerja-kerja memotong pokok di sekitar kawasan jalan raya berkenaan.

Justeru, pengguna-pengguna jalan raya diminta berhati-hati ketika memandu di jalan tersebut semasa tempoh kerja-kerja pembaikan dan mematuhi segala urusan trafik untuk keselamatan sehingga tamat kerja-kerja pembaikan.

Sekiranya terdapat perubahan pada tarikh, waktu dan kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Pihak Pejabat Wilayah Selatan JKR Sarawak.

Orang ramai boleh menghubungi Pihak Pejabat Wilayah Selatan JKR Sarawak pada waktu pejabat di talian 082- 203096 untuk sebarang aduan dan pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik tersebut.

Continue Reading

Previous: Masyarakat Kedayan perlu semai sejarah bangsa 
Next: Pintu masuk pagar utama MPP ditutup sementara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.