
KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching memaklumkan bahawa penutupan sementara separuh jalan akan dilaksanakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Razak, Jalan Perimat, Jalan Marican Salleh dan Jalan Pelabuhan bermula Khamis ini.
Menurut kenyataan JKR, kerja-kerja pembaikan sistem lampu isyarat akan dijalankan pada 16 hingga 17 Oktober 2025, bermula 8.30 malam hingga 5.00 pagi keesokan harinya.
Sepanjang tempoh kerja pembaikan dijalankan, pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan yang dipasang di kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
JKR turut menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan masing-masing lebih awal dan menggunakan laluan alternatif sekiranya perlu.
Sebarang pertanyaan berkaitan aliran trafik boleh diajukan kepada Pejabat Operasi JKR Bahagian Kuching di talian 082-203400 (Pn. Rani) atau Traffic Light Hotline 014-818 6666 pada waktu pejabat.
Oleh Norman B