Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penutupan sementara laluan Jambatan Batang Mukah untuk kerja penyelenggaraan
  • Tengah
  • WILAYAH

Penutupan sementara laluan Jambatan Batang Mukah untuk kerja penyelenggaraan

Utusan Sarawak 1 day ago
NOTIS PENUTUPAN… Penutupan separuh laluan di Jambatan Batang Mukah, Pekan Selangau (1/51 & 1/52), Bahagian Sibu pada 23 hingga 24 Julai 2025.

SELANGAU: Jalan di Jambatan Batang Mukah, Pekan Selangau (1/51 & 1/52), Bahagian Sibu akan ditutup sementara selama dua hari bermula 23 Julai hingga 24 Julai 2025, dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang, bagi memberi laluan kepada kerja membaik pulih jambatan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penutupan separuh jalan itu adalah perlu bagi memastikan keselamatan pengguna serta kelancaran kerja penyelenggaraan yang dijadualkan.

Pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut dinasihatkan agar mematuhi arahan papan tanda keselamatan yang disediakan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan tapak kerja bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sebarang pertanyaan berkaitan aliran trafik boleh diajukan kepada JKR Bahagian Sibu di talian 084-314040 (waktu pejabat) atau pihak kontraktor DAL HCM Sdn Bhd di talian 084-220400 (Sahira).

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gangguan bekalan air berjadual di beberapa kawasan Serian 24 Julai ini
Next: Penduduk kecewa lori berat rosakkan jalan utama kampung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.