
SIBU: Sebahagian Jalan Sibu–Bintulu, berdekatan Hospital Sibu, akan ditutup sementara mulai Isnin ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan dan pembinaan paip utama oleh kontraktor yang dilantik Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak.
Dalam kenyataan dikeluarkan JBALB, penutupan jalan itu akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 10.00 malam pada 20 Oktober (Isnin) hingga 3.00 petang pada 23 Oktober (Khamis) di kawasan persimpangan lampu isyarat Jalan Sibu–Bintulu dan Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce.

Sepanjang tempoh tersebut, pengguna jalan raya dinasihatkan agar mematuhi semua arahan pengurusan trafik serta berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan. Lencongan sementara akan disediakan dan pelan laluan boleh dirujuk di kawasan tapak kerja.
Menurut JBALB, sekiranya keadaan cuaca atau tapak tidak mengizinkan, kerja-kerja berkenaan akan dilanjutkan kepada hari berikutnya.
Oleh Amanda L