Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penutupan sementara Jalan Batu Niah Feeder selama dua hari
  • Utara
  • WILAYAH

Penutupan sementara Jalan Batu Niah Feeder selama dua hari

Utusan Sarawak 16 hours ago
LALUAN ALTERNATIF… Bagi pengguna yang ingin ke Lebuh Raya Pan Borneo, orang ramai disarankan menggunakan laluan alternatif iaitu melalui Jalan Persisiran Pantai (Sepupok Bekenu) atau Simpang Bekenu.

BATU NIAH: Jalan Batu Niah Feeder di CH1+090 akan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula 18 hingga 19 Disember ini.

Penutupan tersebut akan berkuat kuasa dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan jalan di kawasan berkenaan.

Menurut notis yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR), penutupan melibatkan laluan Q283 Jalan Batu Niah Feeder di CH1+090.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Bagi pengguna yang ingin ke Lebuh Raya Pan Borneo, orang ramai disarankan menggunakan laluan alternatif iaitu melalui Jalan Persisiran Pantai (Sepupok Bekenu) atau Simpang Bekenu.

Walau bagaimanapun, hanya kenderaan dan lori dengan muatan di bawah tiga tan dibenarkan melalui laluan tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada JKR Bahagian Miri di talian 085-442244 pada waktu pejabat atau Endaya Construction Sdn. Bhd. di 1-300-22-3777.

Orang ramai diminta memberikan kerjasama sepanjang tempoh penutupan demi keselamatan dan kelancaran pelaksanaan kerja pembaikan jalan.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lapan kawasan di Beluru masih dinaiki air
Next: MPS cadang projek RTP atasi masalah perparitan di Lorong Sentosa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.