Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penutupan Selat Hormuz ubah lanskap perkapalan global, kos pengangkutan meningkat
  • GLOBAL

Penutupan Selat Hormuz ubah lanskap perkapalan global, kos pengangkutan meningkat

Utusan Sarawak 4 hours ago
KAPAL kargo dan kapal tangki kelihatan di luar pesisir bandar Fujairah, di Selat Hormuz di Emiriah utara pada 25 Februari 2026. Foto AFP

ISTANBUL: Keputusan Iran menutup Selat Hormuz susulan serangan udara bersama Amerika Syarikat dan Israel menggegarkan pasaran perkapalan global, dengan penganalisis memberi amaran gangguan berpanjangan terhadap perdagangan tenaga dan kontena, lapor Anadolu Ajansı (AA).

Ahli ekonomi kanan sektor pengangkutan, logistik dan automotif di ING Group Rico Luman berkata selat itu mengendalikan kira-kira 20 peratus perdagangan minyak dan gas asli cecair (LNG) global.

Beliau berkata kesannya sudah dapat dilihat apabila kadar sewa kapal tangki minyak meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini, katanya.

Harga dijangka terus naik berikutan pertambahan kapal tangki yang berlabuh di luar selat  sehingga mengurangkan kapasiti kapal tersedia. Premium insurans turut melonjak apabila klausa risiko peperangan diaktifkan.

SEBUAH kapal tentera laut kelihatan belayar di Selat Hormuz, laluan perairan penting yang menjadi laluan sebahagian besar minyak dan gas dunia, pada 1 Mac 2026. Dua kapal diserang di Selat Hormuz pada 1 Mac, menurut agensi keselamatan maritim, ketika Iran meneruskan hari kedua serangan sebagai tindak balas terhadap serangan ketenteraan Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran yang membunuh pemimpin tertingginya. Foto AFP

Terletak di pintu masuk Teluk Parsi, Selat Hormuz menghubungkan eksport minyak dan LNG  Timur Tengah ke pasaran global melalui Laut Arab dan Lautan Hindi. Pengeluar utama seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Iraq dan Qatar amat bergantung kepada laluan itu, begitu juga pasaran Eropah serta ekonomi utama Asia seperti China, India, Jepun dan Korea Selatan.

Gangguan itu bukan sahaja melibatkan kargo tenaga. Luman berkata perkapalan kontena turut terjejas apabila syarikat perkapalan utama menarik diri dari rantau itu. Laluan melalui Laut Merah dan Terusan Suez kini dielakkan, sekali gus menyebabkan langkah berhati-hati pengendali seperti Maersk yang sebelum ini baru menyambung semula sebahagian operasi serantau.

Dengan klausa berkaitan perang mendorong kepada premium lebih tinggi, beliau berkata syarikat perkapalan mungkin mengelak daripada terus melalui hab transit di Asia Barat itu.  

Beliau menjangkakan pengalihan laluan kapal mengelilingi Tanjung Harapan di selatan Afrika akan menjadi norma baharu dalam jangka panjang. Laluan lebih jauh itu akan meningkatkan kos operasi dengan ketara serta mengganggu rantaian bekalan, khususnya bagi penghantaran ke Turkiye dan rantau Mediterranean.

Luman turut memberi amaran pasaran global perlu bersedia menghadapi tempoh pelayaran lebih panjang dan ketidaktentuan bekalan yang berlarutan apabila ketidakstabilan serantau digabungkan dengan kenaikan harga bahan api, sekali gus melonjakkan kos perkapalan.

Kadar tambang kontena yang sebelum ini menunjukkan trend menurun dijangka melonjak semula susulan perkembangan terbaharu itu. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: AS arah kakitangan bukan petugas utama tinggalkan 6 negara Arab
Next: Fenomena El Nino berpotensi kembali hujung tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.