


LORONG perlahan dan lorong laju di kedua-dua arah laluan Serian ke Sri Aman dan Sri Aman ke Serian akan ditutup sementara bermula dari KM228.8 hingga KM229.2, berdekatan Jambatan Stabau, Seksyen Pantu, WPC03 Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.
SERIAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak memaklumkan bahawa lorong perlahan dan lorong laju di kedua-dua arah laluan Serian ke Sri Aman dan Sri Aman ke Serian akan ditutup sementara bermula dari KM228.8 hingga KM229.2, berdekatan Jambatan Stabau, Seksyen Pantu, WPC03 Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh JKR Sarawak, penutupan tersebut adalah bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di lokasi berkenaan.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati semasa melalui kawasan terbabit, serta sentiasa mematuhi papan tanda keselamatan dan arahan yang dipasang di sepanjang zon kerja.
JKR Sarawak turut menzahirkan penghargaan atas kesabaran dan kerjasama semua pengguna jalan raya sepanjang tempoh penyelenggaraan dijalankan.
Oleh Norman B.