Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penutupan, lencongan jalan sempena Perarakan Maulidur Rasul di Miri dan Subis
  • Utara
  • WILAYAH

Penutupan, lencongan jalan sempena Perarakan Maulidur Rasul di Miri dan Subis

Utusan Sarawak 2 days ago
LALUAN yang ditutup bagi memberi laluan kepada perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Miri tahun ini.

MIRI: Beberapa penutupan dan lencongan jalan akan dilaksanakan bagi memberi laluan kepada perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Miri dan Subis yang akan berlangsung pada 6 dan 7 September ini.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, perarakan peringkat Daerah Subis akan diadakan pada 6 September bermula 6.00 pagi hingga 11.30 pagi dengan laluan bermula di Waterfront Sepupok dan berakhir di Masjid Al Jabar.

Katanya, antara jalan yang terlibat ialah Jalan Sungai Saeh, Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu serta Jalan Sepupok-Niah.

“Sementara itu, perarakan peringkat Daerah Miri dijadualkan berlangsung pada 7 September dari 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bermula dan berakhir di Dewan Suarah.

“Beberapa laluan utama sekitar bandar raya Miri akan ditutup atau dilencongkan termasuk Bulatan Kipas/Jalan Kipas, simpang Jalan Bintang/Jalan Merdu, simpang Jalan Merdu/Jalan Sylvia, lampu isyarat Jalan Sylvia, lampu isyarat Mega, simpang-simpang sepanjang Jalan North Yu Seng dan simpang Jalan Merpati,” katanya dalam satu kenyataan pagi tadi.

Sehubungan itu, Mohd Farhan berkata, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran perarakan dan keselamatan semua pihak terjamin.

Beliau menambah, sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Miri di talian 085-430479.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Buaya satu meter berjaya ditangkap berhampiran Tapak Pesta Kaul Mukah
Next: JPJ beri nasihat keselamatan jalan raya kepada pelajar SMK Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.