Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penutupan jalan sempena sambutan Hari Lahir TYT Yang di-Pertua Negeri ke-79
  • Selatan
  • WILAYAH

Penutupan jalan sempena sambutan Hari Lahir TYT Yang di-Pertua Negeri ke-79

Utusan Sarawak 14 hours ago
LOKASI penutupan jalan pemasangan khemah dan persiapan tempat.

KUCHING: Beberapa laluan utama di sekitar Padang Merdeka akan ditutup dan dilencongkan bermula 2 Oktober hingga 11 Oktober ini bagi memberi laluan kepada persiapan serta acara rasmi sambutan Hari Lahir ke-79 Yang di-Pertua Negeri.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, penutupan itu dilaksanakan untuk melancarkan perjalanan istiadat perbarisan dan rapat raksasa yang dijadualkan berlangsung pada 11 Oktober 2025, bermula 7 pagi hingga 12 tengah hari di Padang Merdeka.

LOKASI penutupan jalan semasa raptai.

“Pihak polis akan membuat penutupan dan lencongan jalan di beberapa lokasi termasuk Jalan McDougall, Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Wawasan, Lebuh Temple, Jalan Gambier, Lebuh Wayang dan Jalan Main Bazaar. Penutupan ini melibatkan pemasangan khemah, raptai istiadat, raptai penuh serta acara kemuncak sambutan,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Selain istiadat rasmi, orang ramai juga dijangka membanjiri kawasan pusat bandar Kuching pada sebelah malam 11 Oktober untuk menyaksikan Konsert Rakyat sempena sambutan bersejarah itu.

LOKASI penutupan jalan.

ACP Alexson turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan sepanjang laluan terlibat bagi mengelakkan kesesakan.

“Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesulitan lalu lintas,” ujarnya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MBKS anjur Festival Kuih Bulan, perpaduan dan tradisi disemarakkan
Next: Selampit Bridge project faces delays, MP urges completion with access road

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.