Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penutupan jalan sempena Pagi Tanpa Kenderaan Bintulu, 25 April ini
  • WILAYAH

Penutupan jalan sempena Pagi Tanpa Kenderaan Bintulu, 25 April ini

Utusan Sarawak 17 hours ago
DITUTUP… Beberapa laluan di sekitar Jalan Pantai Tanjung Batu akan ditutup sepenuhnya sempena penganjuran program Pagi Tanpa Kenderaan Bintulu pada Sabtu ini.

BINTULU: Beberapa laluan di sekitar Jalan Pantai Tanjung Batu akan ditutup sepenuhnya sempena penganjuran program Pagi Tanpa Kenderaan Bintulu pada Sabtu ini.

Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), penutupan jalan tersebut akan bermula dari  7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di kawasan Jalan Pantai Tanjung Batu.

Penutupan melibatkan laluan dari Bulatan Parking No. 2 Pantai Tanjung Batu hingga ke simpang Jalan Tun Openg, Pantai ABF seperti yang ditetapkan dalam pelan pergerakan trafik program berkenaan.

Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesulitan sepanjang tempoh penutupan.

“Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai dalam memastikan kelancaran program ini,” ujar kenyataan itu.

BDA turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama semua pihak dalam memastikan kelancaran program berkenaan yang bertujuan menggalakkan amalan mobiliti rendah karbon di Bintulu.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Debak tingkat kesiapsiagaan anggota melalui latihan jalan lasak
Next: JCI Mandarin Sibu perkukuh pendedahan industri melalui lawatan korporat ke Printaland

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.