Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penutupan jalan Lapangan Terbang Lama sempena pembukaan reruai penjaja BIKF 2025
  • Utara
  • WILAYAH

Penutupan jalan Lapangan Terbang Lama sempena pembukaan reruai penjaja BIKF 2025

Utusan Sarawak 4 days ago
LAKARAN peta menunjukkan penutupan jalan sepanjang pembukaan reruai penjaja sempena BIKF 2025.

BINTULU: Jalan Lapangan Terbang Lama dari lampu isyarat Mahkamah hingga ke lampu isyarat Paragon akan ditutup sepenuhnya sepanjang bulan September sempena penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo (BIKF) 2025.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, penutupan jalan tersebut bermula hari ini pada 8.00 pagi tadi dan akan berakhir pada 30 September jam 12.00 tengah malam.

Beliau menasihati orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan kawalan lalu lintas serta tanda isyarat jalan yang dipasang bagi memastikan kelancaran sepanjang festival berlangsung.

“Orang ramai yang berkunjung ke festival juga diingatkan mematuhi undang-undang, tata etika dan peraturan lalu lintas serta memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas di lapangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304 atau Balai Polis Trafik IPD Bintulu di talian 086-338575.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perarakan Maulidur Rasul Saratok, 5 September ini
Next: PELASAR fokus perkasa warisan, ekonomi komuniti luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.