Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penutupan jalan di Bintulu Ahad ini sempena Larian Amal Bomba Sarawak 3.0
  • TEMPATAN

Penutupan jalan di Bintulu Ahad ini sempena Larian Amal Bomba Sarawak 3.0

Utusan Sarawak 4 hours ago

Laluan Larian Amal Bomba Sarawak 3.0 di Bintulu Ahad ini.

BINTULU: Beberapa laluan utama di sekitar bandar Bintulu akan ditutup sementara pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada penganjuran Larian Amal Bersama Bomba Sarawak 3.0.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, penutupan bermula 4.00 pagi hingga 10.00 pagi, merangkumi Jambatan Tun Taib Mahmud serta jalan masuk dari lampu isyarat Tun Ahmad Zaidi dan Bulatan Kuala Tatau menuju ke jambatan tersebut.  

“Sepanjang tempoh penutupan, kawalan lalulintas akan dikendalikan oleh pegawai trafik yang bertugas. 

“Laluan akan dibuka semula sebaik sahaja acara selesai,” katanya dalam satu kenyataan.  

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan mematuhi arahan anggota bertugas terutama bagi mereka yang mempunyai urusan di kawasan yang terlibat. 

Penggunaan dron tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) juga adalah dilarang sepanjang program berlangsung.  

Acara larian tahun ini dijangka menarik penyertaan sekitar 2,500 peserta, melibatkan dua kategori iaitu jarak 5.5 kilometer dan 10 kilometer, bermula dan berakhir di Dewan Suarah Bintulu. 

Laluan larian turut melibatkan Jalan Pisang Raja, Jalan Tun Ahmad Zaidi serta kawasan jambatan.  

Nixon berkata, kerjasama orang ramai sangat diperlukan bagi memastikan kelancaran program dan keselamatan semua peserta. 

“Peserta dan pengguna jalan raya dinasihati agar mematuhi undang-undang serta memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas di lapangan,” katanya.  

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304 atau Balai Polis Trafik IPD Bintulu di 086-338575.  

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Hargai peranan bomba sentiasa di depan ketika bencana – Wee
Next: PRN Sabah: Elak bertindak balas terhadap provokasi, patuhi arahan operasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.