Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penutupan jalan berperingkat sempena Kuching Street Parade 2025
  • Selatan
  • WILAYAH

Penutupan jalan berperingkat sempena Kuching Street Parade 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
NOTIS pemberitahuan penutupan jalan sempena Kuching Street Parade 2025. Foto Facebook DBKU

KUCHING: Orang awam dimaklumkan bahawa beberapa laluan utama di sekitar pusat bandar Kuching akan ditutup secara berperingkat sempena penganjuran Kuching Street Parade 2025, yang dijadual berlangsung pada 16 Ogos 2025 (Sabtu) bermula 6.00 petang hingga 11.00 malam di Padang Merdeka.

Menurut Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Jalan McDougall dan Jalan Tun Abang Haji Openg akan mengalami penutupan separa bagi memberi laluan kepada kerja-kerja persiapan, pemasangan kanopi dan pentas.

Penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dari 6 hingga 11 Ogos 2025 bagi kerja-kerja persiapan tapak. Ia akan disusuli dengan sesi raptai yang dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 15 Ogos 2025.

Pada hari acara utama, iaitu Kuching Street Parade 2025, akan diadakan pada 16 Ogos 2025. Seterusnya, kerja-kerja penyelenggaraan dan pengemasan tapak akan dijalankan dari 17 hingga 19 Ogos 2025.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan serta gangguan trafik sepanjang tempoh berkenaan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rakyat jadi akar perancangan pembangunan di Batang Lupar
Next: 292 peserta sertai ceramah kebakaran di SK St. Alphonsus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.