Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Penurunan kadar faedah Fed dorong ringgit ke paras tertinggi dalam empat tahun berbanding dolar AS
  • BISNES

Penurunan kadar faedah Fed dorong ringgit ke paras tertinggi dalam empat tahun berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 6 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka pada paras paling kukuhnya dalam tempoh lebih empat tahun berbanding dolar AS hari ini selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar pinjaman penanda arasnya sebanyak 25 mata asas (bps).

Pada 8.00 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.1010/1075 daripada dolar AS, yang dinyatakan Bloomberg sebagai paras tertinggi sejak 5 Oktober 2021, meningkat daripada 4.1155/1195 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) telah menurunkan sebanyak 25 bps seperti yang dijangkakan ramai, dalam mesyuarat akhirnya yang tamat semalam.

“Indeks Dolar AS susut 0.55 peratus kepada 98.671 selepas keputusan itu, dan mesyuarat berkenaan menunjukkan kemungkinan kepada penurunan yang selanjutnya pada 2026 dan 2027,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata Fed mungkin mengekalkan kadar faedah yang stabil dalam masa terdekat sambil menilai prospek ekonomi yang berkembang.

“Bagi ringgit, potensi meningkat untuk kenaikan selanjutnya adalah tinggi, terutama memandangkan Bank Negara Malaysia tidak mungkin menurunkan kadar dasarnya.

“Jangkaan bahawa jurang antara Kadar Dana Persekutuan dan kadar dasar semalaman semakin kecil dijangka menyokong ringgit, selari dengan usaha pengukuhan fiskal yang sedang dilaksanakan” katanya.

Beliau berkata penarafan terkini Fitch Ratings menunjukkan keyakinan terhadap disiplin fiskal Malaysia.

“Oleh itu, gandingan dolar AS-ringgit dijangka terus memperlihatkan trend positif. Mata wang tempatan itu juga boleh menguji penurunan di bawah paras RM4.10 semasa ditutup hari ini susulan keputusan Fed,” katanya.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama semasa dibuka hari ini.

Ia meningkat sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.6342/6388 daripada 2.6240/6267 namun susut berbanding pound Britain kepada 5.4896/4983 daripada 5.4781/4835 semasa ditutup pada Rabu dan rendah berbanding euro kepada 4.7982/8058 daripada 4.7884/7930.

Bagaimanapun, mata wang tempatan mengukuh berbanding mata wang ASEAN. 

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1737/1789 daripada 3.1748/1781 semasa ditutup pada Rabu dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 245.7/246.2 daripada 246.5/246.9 sebelumnya.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.9112/9382 daripada 12.9243/9422 dan menokok berbanding peso Filipina kepada 6.92/6.94 daripada 6.95/6.96 semalam.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah menjelang keputusan Fed AS
Next: Tempahan tiket AirBorneo bermula, Enrich Points tidak lagi layak untuk ditebus mulai 1 Januari 2026.

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.