Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal maut kemalangan kendiri di Bintangor
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal maut kemalangan kendiri di Bintangor

Utusan Sarawak 7 hours ago
MANGSA disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Bintangor. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang lelaki warga tempatan berumur 26 tahun maut dalam satu kemalangan jalan raya kendiri membabitkan sebuah motosikal di Jalan Kelupu, Sungai Gemuan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian tersebut sekitar 6.00 pagi melalui bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong selepas dimaklumkan oleh orang awam.

Katanya, bertindak atas maklumat yang diterima, pegawai penyiasat bersama anggota trafik bertugas telah bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal dari arah Sibu menuju ke Bintangor telah hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan melanggar sebuah tong sampah.

“Hasil pemeriksaan mendapati kerosakan pada motosikal tertumpu di bahagian hadapan.

“Hanya terdapat serpihan milik motosikal tersebut dan tidak melibatkan kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Bintangor pada 6.19 pagi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sarikei pada pagi tadi untuk menjalani proses bedah siasat, manakala pihak keluarga mangsa juga telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan mengutamakan keselamatan ketika memandu.

“Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika memandu, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dengan memeriksa sistem brek serta keadaan tayar, terutamanya pada musim hujan sejak kebelakangan ini,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Kemas kini: Jasad mangsa Fahrell Zaquan ditemui 2.7 kilometer dari PKOB ke hilir Sungai Tengah
Next: Tiga kenderaan terbabit kemalangan, lebih kurang 40 minit selepas insiden kemalangan maut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.