
LIMBANG: Seorang penunggang motosikal maut manakala dua penumpang sebuah kereta cedera dalam kemalangan jalan raya di Taman Tasik Bukit Mas, di sini, pagi tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.40 pagi berhubung insiden yang melibatkan sebuah motosikal dan kereta jenis Toyota Sienta.
Setibanya di lokasi, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang mendapati seorang lelaki dan seorang wanita, penumpang kereta berkenaan, mengalami kecederaan.
Seorang warga emas perempuan yang turut berada dalam kenderaan itu berjaya dikeluarkan menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dihantar ke hospital dengan ambulans.
Bagaimanapun, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM.
Operasi diketuai PBK I Dzuriman bin Suhaimi dengan kekuatan enam anggota serta melibatkan sebuah Jentera Bomba Penyelamat (FRT) dan sebuahUnit Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS). Turut berada di lokasi ialah pihak polis dan ambulans KKM.