Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal maut dirempuh kereta di Batu Niah
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta di Batu Niah

Utusan Sarawak 8 hours ago
REMUK..Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di KM822.1 Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Jalan Suai, Batu Niah, petang semalam. 

MIRI: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di KM822.1 Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Jalan Suai, Batu Niah dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian sekitar 4.30 petang itu, mangsa berusia 53 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 36 tahun dari arah Miri menuju ke Bintulu.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang merupakan penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Nor Afifah Nordin di talian 019-5264640 atau 085-430479, atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Mohd Farhan turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan, terutama menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Pemandu pacuan empat roda selamat dalam kemalangan kendiri di Song
Next: Daerah Limbang mencatatkan 164 kes kemalangan pada tahun 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.