Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang

Utusan Sarawak 1 day ago
PASUKAN BOMBA….Menjalankan kerja-kerja memotong pokok berkenaan dan mengalihkan mangsa ke tempat yang selamat. Foto PGO Bomba Sarawak

MUKAH: Seorang penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Jalan Besar Kampung Penat, di sini, malam ini.

Mangsa, Muhammad Ishaq berusia 43 tahun, warganegara Pakistan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera FRT dan EMRS bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 9.04 malam.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi (KO) lapor terdapat sebatang pokok telah tumbang dan menghempap seorang penunggang motosikal. 

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menjalankan kerja-kerja memotong pokok berkenaan dan mengalihkan mangsa ke tempat yang selamat. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan seterusnya di serahkan kepada pihak polis,” katanya menerusi kenyataan.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Angin kencang, hujan lebat sebabkan pokok tumbang, bumbung rumah terbang
Next: Pemuda terselamat kereta terbabas dalam longkang di Jalan Sealine, Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.