Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal maut digilis lori treler di Jalan Pesisir Bintulu-Miri
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal maut digilis lori treler di Jalan Pesisir Bintulu-Miri

Utusan Sarawak 3 hours ago
KEADAAN lokasi kemalangan maut yang melibatkan sebuah motosikal dan lori treler di KM 24, Jalan Pesisir Bintulu-Miri berhampiran SSGP Bintulu, petang semalam.

BINTULU: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer (KM) 24, Jalan Pesisir Bintulu-Miri berhampiran SSGP Bintulu, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, kejadian berlaku sekitar 3.05 petang itu membabitkan sebuah lori treler jenis Mercedes-Benz yang membawa muatan kontena dan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Bintulu,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan berbahaya.

Sehubungan itu, Nixon menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak benar yang boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Pung Ting Khang di Balai Trafik Bintulu menerusi talian 086-338575 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu di 086-318304.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Dua individu cedera, kenderaan terbabas di pusingan P Lebuh Raya Pan Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.