Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Sebangan-Sebuyau
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Sebangan-Sebuyau

Utusan Sarawak 7 hours ago
Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan motosikal di Jalan Sebangan-Sebuyau, semalam.

KUCHING: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan motosikal di Jalan Sebangan-Sebuyau, semalam.

Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Rafhan Kepli berkata, kejadian berlaku sekitar 7.50 malam itu membabitkan sebuah kereta Proton X90 dan motosikal Yamaha 135LC.

Menurut beliau, Proton X90 dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun yang bekerja di sektor swasta, manakala motosikal ditunggang oleh seorang mekanik berusia 38 tahun.

“Kereta tersebut dalam perjalanan dari Sebangan menuju ke Sebuyau sebelum bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan,” jelasnya.

Beliau berkata, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita warga emas maut, penunggang cedera parah dalam nahas dua kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.