Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penumpang wanita tersepit selepas kenderaan terbabas di tepi jalan
  • KEMALANGAN

Penumpang wanita tersepit selepas kenderaan terbabas di tepi jalan

Utusan Sarawak 11 hours ago

KEMALANGAN kendiri sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax terbabas ke dalam parit di kawasan Hutan Simpan Sabal, Jalan Serian–Sri Aman petang semalam. Foto: PGO Bomba Sarawak

SERIAN: Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max terbabas ke dalam parit di kawasan Hutan Simpan Sabal, Jalan Serian–Sri Aman, petang semalam, menyebabkan seorang penumpang wanita tersepit di dalam kenderaan.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 5.05 petang, kenderaan tersebut dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang wanita dewasa sebelum terbabas dan terhenti di tepi jalan.

Pemandu lelaki berjaya menyelamatkan diri dengan hanya mengalami kecederaan ringan, manakala penumpang wanita tersepit di tempat duduk penumpang dan memerlukan bantuan.

KEMALANGAN kendiri sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax terbabas ke dalam parit di kawasan Hutan Simpan Sabal, Jalan Serian–Sri Aman petang semalam. Foto: PGO Bomba Sarawak

Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian menerima panggilan kecemasan dan tiba di lokasi pada 5.55 petang bersama enam anggota, sebuah Jentera Penyelamat dan Pemadam Kebakaran (FRT) serta sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Operasi menyelamat diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Christopher Tungoh.

Menurut komander operasi, pasukan bomba menggunakan pakaian perlindungan diri (PPE) dan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan selamat.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Angin kencang terbangkan bumbung bangsal nelayan di Tamu Ikan, Miri
Next: Kereta bertembung lori di Bekenu, dua mangsa cedera tersepit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.