Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penumpang sambut baik pembukaan laluan udara Pontianak-Kuching
  • SEMASA

Penumpang sambut baik pembukaan laluan udara Pontianak-Kuching

Utusan Sarawak 1 day ago
KEDATANGAN para penumpang dari Pontianak disambut mesra oleh barisan tetamu kehormat dan pihak AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini. Foto Amanda L

KUCHING: Pembukaan semula laluan udara Pontianak-Kuching oleh AirAsia menerima sambutan positif daripada penumpang tempatan dan antarabangsa yang menyifatkannya sebagai peluang memperkukuh pelancongan, perubatan dan ekonomi negeri.

AIZA Johari.

Seorang penumpang tempatan berasal dari Kuching, Aiza Johari, 50, berkata laluan itu memberi ruang lebih luas untuk menarik kedatangan pelancong dari Indonesia, khususnya bagi tujuan perubatan dan pelancongan.

“Selain membuka peluang pelancongan, ia juga membantu merancakkan ekonomi negara. Pontianak sendiri menawarkan tarikan menarik seperti kulinari, budaya dan tempat bersejarah,” katanya. 

Aiza berharap lebih banyak destinasi antarabangsa terus dari Kuching seperti Yogyakarta, Bandung atau Bangkok dapat dibuka pada masa akan datang tanpa perlu melakukan persinggahan di Kuala Lumpur.

SITI Mustiani.

Siti Mustiani, 30, seorang penumpang dari Pontianak, melahirkan rasa gembira apabila dapat menaiki penerbangan terus ke Kuching selepas sekian lama.

“Saya gembira kerana penerbangan ini kembali beroperasi, lebih mudah berbanding menaiki bas dan melalui sempadan darat. 

“Saya juga suka suasana di Kuching, khususnya di kawasan Tebingan Kuching yang menawarkan pelbagai pilihan makanan seperti laksa dan kedai kopi,” jelasnya.

LISNA.

Bagi Lisna, 39, yang juga berasal dari Pontianak dan merupakan seorang jururawat, laluan udara tersebut lebih praktikal kerana perjalanan lebih singkat berbanding melalui darat.

“Sebagai jururawat, saya sering menemani pesakit mendapatkan rawatan di Kuching. Pada kali ini saya membawa anak-anak kerana lebih mudah dengan penerbangan terus. 

“Selain urusan perubatan, saya berharap dapat meluangkan masa bersama keluarga di tempat rekreasi,” katanya.

Bagi mereka yang sering berulang-alik atas pelbagai urusan, kewujudan semula penerbangan ini sangat dialu-alukan kerana menawarkan keselesaan perjalanan dan memudahkan akses ke kemudahan pelancongan serta perubatan di Kuching.

Oleh Amanda L

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: AirAsia perluas rangkaian, lancarkan laluan baharu Kuching dan KL ke Pontianak, Indonesia
Next: PM setuju pertimbang pertambahan kerusi Parlimen di Sarawak, Sabah – TPM Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.