Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penumpang dilarang guna bagasi pintar di apron lapangan terbang – CAAM
  • NASIONAL

Penumpang dilarang guna bagasi pintar di apron lapangan terbang – CAAM

Utusan Sarawak 6 months ago

Bagasi pintar. Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengeluarkan arahan keselamatan yang melarang penggunaan bagasi pintar atau ‘skuter’ sebagai mod pengangkutan dalam kawasan apron lapangan terbang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Kapt Norazman Mahmud dalam arahan keselamatan bertarikh 15 Nov berkata walaupun bagasi pintar yang boleh ditunggang itu menawarkan kemudahan kepada penumpang namun penggunaannya seperti di apron boleh menimbulkan risiko keselamatan.  

Beliau berkata kawasan itu terdapat jentera berat, pesawat, kenderaan perkhidmatan darat dan petugas sekali gus memerlukan pematuhan ketat terhadap peraturan keselamatan untuk mengelakkan kemalangan dan kerosakan peralatan.

“Untuk mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan keselamatan lapangan terbang adalah penting untuk melarang sepenuhnya penggunaan bagasi pintar di kawasan larangan, menetapkan had laju di zon dibenarkan, dan mendidik penumpang dan petugas tentang amalan penggunaan yang selamat,” katanya.

Sehubungan itu, Norazman berkata penggunaan bagasi pintar itu tidak dibenarkan digunakan melebihi atau melangkaui kawasan tertentu seperti ruang terminal dan zon menunggu selain papan tanda larangan juga perlu dipasang untuk pengetahuan para pengguna. 

Beliau berkata bagasi pintar yang dilengkapi motor elektrik perlu dinyahaktifkan sepenuhnya termasuk komponen bateri sebelum dibawa masuk ke kawasan apron.

Petugas di lapangan perlu dilatih mengenal pasti bagasi pintar yang boleh ditunggang dan melaksanakan protokol keselamatan untuk mengendalikannya termasuk melaporkan segera sebarang penggunaan di kawasana apron kepada pengendali lapangan terbang atau pekerja keselamatan.

“Selain itu, penyedia perkhidmatan pengendalian darat perlu memastikan semua petugas mengetahui prosedur yang betul untuk memuatkan, menyimpan dan mengangkut bagasi pintar, terutamanya jika ia mengandungi bateri litium atau komponen elektrik lain yang mungkin menimbulkan risiko keselamatan,” katanya.

Syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang juga dinasihatkan untuk memaklumkan memasukkan arahan keselamatan itu menerusi pengumuman prapenerbangan termasuk pada tiket.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Bekas Peguam Besar Negeri Sarawak antara ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu
Next: Banjir: JBPM beri tumpuan utama lima negeri terdedah hujan luar jangka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.