Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penubuhan sayap baharu petanda baik
  • TEMPATAN

Penubuhan sayap baharu petanda baik

Utusan Sarawak 3 years ago
Langkah sebegitu juga tepat pada masanya kerana ia penting bagi kita memastikan generasi ahli politik dan pemimpin masa depan mengikuti perkembangan politik terkini di Sarawak dan negara. Oleh itu, PBB sedang membuat langkah-langkah yang perlu sekarang untuk kekal relevan di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk ahli daripada kumpulan umur yang berbeza.-Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah

KUCHING: Sokongan menyeluruh terhadap langkah baru-baru ini oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam penubuhan ‘sayap’ baharu untuk mereka yang berumur 18 hingga 28 tahun akan menjadi petanda baik.

Naib Presiden PBB, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini adalah usaha berterusan kerajaan untuk memberi peluang kepada anak muda kita untuk menjadi matang dari segi politik dalam menentukan masa depan mereka.

“Langkah sebegitu juga tepat pada masanya kerana ia penting bagi kita memastikan generasi ahli politik dan pemimpin masa depan mengikuti perkembangan politik terkini di Sarawak dan negara.

“Oleh itu, PBB sedang membuat langkah-langkah yang perlu sekarang untuk kekal relevan di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk ahli daripada kumpulan umur yang berbeza,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Abdul Karim berkata, penubuhan ‘sayap’ baharu itu juga adalah satu lagi strategi yang baik untuk mendekati kumpulan pengundi baharu terutamanya golongan muda yang mesti mencapai kematangan politik

“Ini menjadikan kita dalam PBB lebih relevan dalam iklim politik sekarang di mana perkembangan terkini adalah kepentingan rakyat.

“Pindaan perlembagaan Undi 18 telah menunjukkan kepada kita bahawa penyertaan golongan muda dalam persada politik tempatan amat dialu-alukan dan pelaksanaannya menyokong agenda dandanan dan pembangunan bakat kepimpinan PBB,” ujarnya.

Namun begitu, Abdul karim berkata sudah tentu, PBB di bawah pimpinan Ketua Menteri Sarawak telah pun merancang penubuhan sayap baharu itu sebagai langkah ke hadapan dalam menangani keperluan dan kebimbangan golongan muda dalam lingkungan umur 18 hingga 28 tahun.

“Prestasi Gabungan Parti Sarawak (GPS) baru-baru ini dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 adalah meyakinkan dan sudah tentu penubuhan sayap baharu itu mungkin menyokong hasil positif Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang yang akan diadakan pada 2023 atau lebih awal,” katanya lagi.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: HARGA HASIL LAUT MELONJAK
Next: Kerajaan utamakan pembangunan – Len

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.